UTAMA

   Selamat Datang ke Blog
 CELIK NAHU


Pertama sekali kami ingin mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana akhirnya kami telah berjaya membina laman sesawang ini. Mudah-mudahan melalui laman sesawang ini, dapatlah kami berkongsi ilmu dan pendapat dengan pelayar-pelayar laman sesawang terutama para pelajar tentang Bahasa Melayu.Tujuan utama pembinaan laman sesawang ini adalah untuk membantu para murid dan guru untuk sama-sama terus memartabatkan bahasa Melayu agar bahasa ini terus diperkasa dan menjadi bahasa teragung di dunia.  Diharapkan sedikit maklumat yang diambil dari laman sesawang ini dapat digunakan untuk meningkatkan lagi kebolehan berbahasa dan menambahkan pengetahuan orang ramai.

(Blog ini dimiliki oleh 5 orang bakal guru Bahasa Melayu daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Saudara Mohd Hafiz Bin Md. Nor, Saudara Norehsan Arif Bin Mohammad Yusop, Saudara Mohd Ridzuan Musa, Saudari Caroline Anak Mastan dan Saudari Maisarah Mohd Isa)

Pemilik blog 'Celik Nahu'