LATIHAN

************************************************************************************

LATIHAN KATA NAMA   

Uji Minda 1
Cari kesalahan kata nama khas yang terdapat dalam petikan di bawah dan betulkan kesalahan tersebut:

MERCY ialah singkatan daripada Malaysian Medical Relief society dan ditubuhkan pada bulan jun tahun 1999. Ahli persatuan ini terdiri daripada sukarelawan perubatan dan sukarelawan bukan perubatan tanpa mengira bangsa dan agama. Idea penubuhan mercy dicetuskan oleh presidennya, iaitu dato' Dr. Jemilah Binti Mahmood.

Uji Minda 2
Lengkapkan petikan di bawah dengan kata nama yang sesuai.


contoh     orang         kepentingan    keluarga      sahsiah        
 ikutan    penerapan   kegagalan      tugas           masalah 

___________(1) nilai-nilai murni dan budi bahasa dalam kalangan masyarakat perlulah dimulakan daripada_________(2). Ibu bapa sebagai pihak paling penting dalam keluarga menggalas __________(3) yang berat untuk membentuk _______________(4) anak-anak sejak mereka kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tunjukkanlah __________(5) yang mulia kepada anak-anak supaya menjadi __________(6) mereka kelak. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya berkomunikasi dan menasihati anak-anak secara lemah lembut. Anak-anak perlu diajar menghormati ____________(7) yang lebih tua. _____________(8) ibu bapa menjalankan tanggungjawab ini akan mengundang _________(9) kepada anak-anak pada kemudian hari. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar akan ____________(10) memupuk nilai-nilai murni dan budi bahasa dalam jiwa anak-anak.

Uji Minda 3
Lengkapkan ayat di bawah dengan kata ganti diri orang yang sesuai.

1- "Janganlah ______________bersedih atas kekalahan kita pada hari ini, " kata pengurus pasukan bola sepak itu kepada para pemain.
2- "____________akan mengiringi tuanku ke negeri Pahang," kata bendahara kepada Sultan Alauddin Shah.
3- Sungguhpun pemuda itu cacat, tetapi _______________suka berdikari dan enggan meminta-minta.
4-"Tugas yang diberikan akan __________laksanakan dengan sebaik mungkin, " ikrar semua pengawas.
5- Haikal dan rakan-rakan_______bermain hoki di padang sekolah pada setiap petang.


Jawapan Latihan Kata Nama (Uji Minda 1, 2 dan 3)


***********************************************************************************************************
LATIHAN KATA KERJA

Uji Minda 4
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti kata kerja transitif aktif,  kata kerja transitif pasif dan kata kerja tak transitif .

Dengan keindahan pantai yang bersih, laut yang membiru, kehijauan hutan, dan kemakmuran yang dikecapi, Malaysia sememangnya destinasi pelancongan pilihan ramai. Selain pelancong dalam negara, pelancong dari luar negara juga begitu ghairah untuk menikmati keindahan di negara ini. berdasarkan potensi yang ditonjolkan oleh kuasa pelancongan, Malaysia berhasrat untuk memanipulasikan bidang ini demi kejayaan bidang perubatan pula. Malaysia kini sudah bersedia menjadi sebuah pusat rawatan dan perubatan kepada pelancong-pelancong luar negara melalui industri pelancongan kesihatan. Pihak kerajaan dan swasta bersama-sama berganding bahu agar industri pelencongan kesihatan ini menjadi kenyataan.



**************************************************************************************
LATIHAN KATA ADJEKTIF

Uji Minda 5
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata adjektif yang sesuai.
elegan               layu              kondusif                  cuak
antik                  kritikal          cabuk                       masyhur   
    
1- Suasana pembelajaran yang ____________mampu melahirkan murid yang cemerlang.
2- Pakaian yang direkanya itu nampak ____________dan sesuai dipakai untuk menghadiri majlis-majlis formal.
3-Basikal __________ itu dibuang oleh abang.
4- Produk pelangsingan badan keluaran syarikat itu sangat ________ dalam kalangan pembeli wanita.
5- Keadaan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) itu amat ___________.
6- Kami berasa __________ apabila kereta yang kami naiki hampir bertembung dengan sebuah lori.
7- Mata adik kelihatan ___________kerana terlalu mengantuk.
8- Datuk Khoo suka mengumpul barang-barang _________ seperti keris, telefon, lampu dan sebagainya.

Jawapan Latihan Kata Adjektif (Uji Minda 5)


**************************************************************************************